23 Julai 2011 telah diadakan hari keluarga TUDM Kuala Lumpur yang bertempat di Congkak Park Resort ( Tourism Selangor) Sungai Congkak, Selangor. Dijangka seramai 1000 orang yang akan hadir namun hanya lebih kurang 600 - 700 orang yang datang pada hari tersebut.
Hujan renyai sepanjang hari tidak mematahkan semangat pihak pengurusan dan juga pihak TUDM. TUDM memilih 14 acara. Hadiah juga diuruskan oleh pihak D Awana Multitrade. Alhamdulillah...