Kami akan mengadakan Kursus Komputer AutoCAD 2D ( basic - intermediate) dalam bulan Februari nanti. Tarikh belum ditetapkan lagi kerana kami masih menunggu penyertaan. Kepada sesiapa yang berminat menyertai kursus ini boleh hubungi kami terus di 019-2254673 ( Ida ) atau emelkan kepada kelapa_nyor100@yahoo.com
Tarikh : Mac 2012
Tempat : Dewan Pusat Giatmara Titiwangsa, 50300 Kampung Baru, Kuala Lumpur
Hari : Sabtu dan Ahad
Yuran : RM 680
Peserta perlu membawa Laptop sendiri
Setiap peserta yang mengikuti Kursus Komputer akan dibekalkan :-
- Nota Kursus Komputer
- Kertas Latihan dan Soalan
- CD/DVD Installer (Trial 30 hari)
- CD/DVD Video Kursus Komputer untuk ulangkaji
- Sijil tamat kursus
Keterangan Kursus :
Kursus AutoCAD 2D ini ditujukan kepada individu yang baru mengenali perisian AutoCAD atau bagi mereka yang ingin mengenali lebih lanjut tentang program ini. Dalam kursus ini, anda akan mempelajari tentang asas sistem koordinat seperti Absolute, Relative dan Polar Relative.
Perintah asas seperti Line, Arc & Circle, Erase akan diajar dalam kursus ini. Perintah lanjutan seperti Fillet, Chamfer, Array, Offset, Trim, Explode, Move, Copy, Hatch dan banyak lagi perintah-perintah yang ada didalam kursus ini akan diajarkan. Peserta kursus akan diberi tumpuan kepada latihan praktikal (hands-on) serta teknik membina lukisan dengan perintah ‘Short Key’ dari papan kekunci (Keyboard). Latihan yang diberi lebih menjurus kepada bagaimana membina lukisan kejuruteraan dan arkitek serta lukisan perincian (Detail Drawing).
Peserta juga akan diajar cara mencetak (Plot / Print) dan membina lukisan dengan skala beserta ukuran. Lukisan asas Isometrik juga akan diajar didalam kursus ini. Peserta juga akan diajar teknik mencari luas (area) dari Milimeter ke Square Meter, Square Feet, Hectar yang sering digunakan oleh Juruukur Bahan dan Juruukur Tanah.
0 comments:
Post a Comment