PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN KAMI

UNTUK MAKLUMAN

UNTUK MAKLUMAN

PEMBEKAL MESIN JAHIT

PEMBEKAL MESIN JAHIT

NUFFNANG ADVERTS

Showing posts with label KENALI MESIN. Show all posts
Showing posts with label KENALI MESIN. Show all posts

Thursday, October 22, 2015

PERBEZAAN TAPAK KELIM HALUS DAN TAPAK KELIM BULAT

Jom kenali tapak mesin kelim anda dengan lebih dekat. Ramai yang tersalah beli, tak tahu fungsi , pakai redah je jahit kan . Kemudian rasa give up sebab jahitan tak jadi2. Sebelum beli tapak kelim pastikan dulu jenis nya samada kelim halus atau kelim bulat. Senang cerita tengok pada gambar lah detailnya.
TAPAK KELIM BULAT
- juga dikenali sebagai "picot foot" @ "rolled hemmer"
-mempunyai laluan yang melengkung
- sesuai dijahit menggunakan mata jahitan zigzag
- hasil jahitan berbentuk silinder
TAPAK KELIM HALUS
-dikenali sebagai "narrow hemmer"
-mempunyai laluan yang rata dan bersegi empat
-sesuai dijahit menggunakan mata jahitan lurus
-hasil jahitan nipis dan rata
Kebiasaanya jika kita nak jahit kelim halus ni boleh la juga guna tapak kelim bulat tu, tapi kalau tak pandai teknik mungkin hasilnya agak kurang. Kedua2 jenis tapak ini biasa digunakan pada bawah2 baju, tepi shawl dan sebagainya.
Tapak ni biasanya untuk jenis mesin portable snap on yang mudah didapati dalam pelbagai tapak2 lain. Kalau tapak jenis mesin lama dan menggunakan skru memang susah sikit nak dapat..
Harap selepas ni anda tahu tapak kelim apa yang digunakan dan sesuai untuk jahitan anda ye
- Ida Ismail -

Saturday, August 15, 2015

JOM KITA BELAJAR LEBIH DEKAT MENGENAI JARUM MESIN !!


Ramai yang tak kisah tentang penggunaan jarum mesin anda kan. Mesti anda biasa menghadapi situasi seperti ini tapi tak tahu puncanya.
a) jarum patah
b) kain berkedut
c) jahitan lompat2

Gunakan jarum yang sesuai dengan fabrik baik mesin industri atau portable. Tak boleh la nak belasah jarum yang sama je kalau nak jahit fabrik denim ataupun chifon. Setiap saiz akan memberi efek yg lebih cantik dan kemas jika anda tahu saiz apa yang patut digunakan.
Bagaimana nak kenalpasti jarum apa yang sesuai ..??

a) JARUM PATAH
bila jahit, hanya mesin sahaja yang berbunyi & berdengung shj, tapi jarum tak jalan2, kemungkinan jarum anda tak cukup besar saiznya kerana kain yang dijahit agak tebal seperti bahagian lipatan, pengeras pinggang ataupun kaki seluar. Itu yang akan buat jarum patah

b) KAIN BERKEDUT
Apabila jahitan berkedut dan menarik2 pada fabrik, maksudnya jarum yang digunakan agak besar dan tidak sesuai. Biasa terjadi apabila menggunakan fabrik yang nipis & lembut. Jadi tukarlah kpd saiz jarum yang lebih kecil

c) JAHITAN MELOMPAT2/BENANG TAK LEKAT
Cuba check betul tak jarum tu dipasang. Biasa nya terjadi apabila tersalah pasang jarum.

1. JARUM NO 9 ( kecil )
Saiz 9 merupakan jarum yang paling kecil dan lebih tajam hujungnya. Sangat sesuai untuk fabrik yang lembut dan nipis seperti sutera, chifon, sutera satin dan sewaktu dengannya. Jika anda menggunakan jarum yang besar seperti no 13 , itulah yang menyebabkan fabrik anda tertarik2 dan berkedut.

2. JARUM NO 10 @ 11
Biasanya kita pakai saiz ni. Sesuai untuk fabrik sederhana tebal dan nipis seperti cotton, polyester , satin dan sewaktu dengannya.

3. JARUM NO 13
Saiz ini sesuai untuk fabrik yang tebal sedikit seperti cotton, kain2 langsir, tc drill dan sebagainya. Adakala bila nak jahit getang pinggang je, jarum patah. Lebih baik gunakan mata jarum saiz ini untuk jahit getah pinggang kerana bahagian tersebut agak tebal dan tegang.

4. JARUM NO 14
Jarum ini juga sesuai untuk menjahit langsir, sarung2 kusyen dan denim.

4. JARUM NO 16
Ramai yang tertanya2 mesin jahit biasa boleh ke nak jahit seluar jeans. Takda masalah sebenarnya, tapi pastikan gunakan saiz jarum seperti ini. Tak pun saiz 14 pun boleh ( kalau ada ) . Jarum ini mempunyai lubang jarum yang besar untuk memudahkan kita menggunakan benang jeans.

5.JARUM EMAS
Biasana digunakan pada mesin portable atau domestik untuk menjahit kain yang agak stretchable.

Sekadar coretan & perkongsian tak seberapa dari saya
- Ida Ismail -

JOM KENALI JENIS TAPAK MESIN ANDA!!

JOM KENALI JENIS TAPAK MESIN ANDA!!

Sebenar ramai yang masih tidak tahu jenis tapak mesin masing2 kan. Jadi bila nak beli tapak yang mcm2 ada tersalah beli, tak ngam dan macam2 lagi. Tu sebab bila kita nak beli mesin jahit pastikan tapak mesin tersebut senang ditukar , serta banyak di pasaran. Rugi jugak kalau kita beli mesin murah tapi tak boleh nk guna macam2 tapak .

1. HIGH SHANK
Biasanya mesin industri yang mempunyai ciri tapak high shank. Ada juga mesin portable dan domestik yang lama2 mempunyai tiang tapak sebegini. Tiang pada tapak agak tinggi. Ketinggian tapak dengan skru dalam 1 1/4 inci.Boleh juga menggunakan adapter high shank sebagai penyambung tapak jika ingin menggunakan tapak jenis snap on atau lekap.

2. SLANT SHANK
Tiang pada tapak ini agak tinggi dan berbentuk serong. Kebiasaan mesin jenis singer, Global dan Omi yang selalu ada jenis ini. Ketinggian tapak dengan skru dalam 1 3/8" . Tapak jenis ini agak susah nak cari di kedai2 biasa terutamanya untuk jenis2 tapak jahitan lain. Tapak ini mempunyai pelekap yang agak kecil berbanding low shank. kira nya tapak ni dikategori sebagai "rare" la jugak

3. LOW SHANK
Tapak jenis ni biasa dipakai oleh mana2 mesin portable atau pun mesin jenis domestik ( kepala itam/putih) . Kedudukan skru dengan tapak agak pendek .Ketinggian skru dengan tapak adalah dalam 3/4". Boleh juga menggunakan adapter low shank sebagai penyambung tapak jika ingin menggunakan tapak jenis snap on atau lekap.

4. SNAP ON
Tapak jenis lekap yang biasa ada pada mesin2 portable jenama skrg seperti mitsubishi, brother, juki , beberapa jenis model singer dan lain2. Tapak jenis ni terdapat dalam macam2 jenis dan mudah didapati di pasaran sekarang.. Tapak jenis ni mempunyai palang penyangkut selebar suku inci .