PERKHIDMATAN KAMI

PERKHIDMATAN KAMI

UNTUK MAKLUMAN

UNTUK MAKLUMAN

PEMBEKAL MESIN JAHIT

PEMBEKAL MESIN JAHIT

NUFFNANG ADVERTS

Showing posts with label TIPS JAHITAN. Show all posts
Showing posts with label TIPS JAHITAN. Show all posts

Sunday, July 31, 2016

TIPS MEMBELI KAIN ELA / KAIN PASANG !!


Bagi yang baru2 berjinak mesti ramai yang tak tahu nk memilih fabrik.. dimana? bagaimana? Jom kita kenali tip2 berikut.
1. CEK METER KAIN
Kalau membeli kain pasang yg dh siap potong, jangan dengar sangat ckp jurujual tu.. deme tu nk melariskan kain je. Tak semua. Kadang2 bila tanya, betul ke kain ni 4 meter? Dorang pun ye kan je. Bila balik rumah, tengok2 3.75 meter je.
Ada situasi bila kita bertanya " kalau nak buat baju kurung moden cukup tak 4 meter ni?" Jurujual pun ckp.. "stendet la 4 meter mmg cukup kak " tapi masalahnya pelanggan tu saiz 3XL . Camne tu ?

2. TERTIPU DENGAN PROMOSI
Bila dengar je ada jualan happy hour ke, beli 5 free 5 ke, rm50 4 pasang ke , terus je beli. pastikan dulu kualiti fabrik, harga pasaran setara atau tidak.

3. SURVEY HARGA 
Jangan terus tertumpu kepada satu kedai sahaja. Rajin2 lah buat perbandingan antara kedai kain yg ada. Kualiti sama tapi harga berlainan, cuma bezanya pilihan je la. Kalau dah terdesak tu tak kisah la kan Mengikut pengalaman saya, kedai kain yang harga berpatutan ikut ranking adalah
a. NAGOYA
b. KAMDAR, MADRAS , GIO dll
c. HARISSON , GULATI'S dll
d. JAKEL, MAYA, dll

4.JUMLAH 
Kenalpasti dulu paten baju apa nak buat baru kira jumlah meter yang diperlukan . Nak2 plak sekarang ni mcm2 fesyen . Bukan semua pakaian kita guna cukup 4 meter.

5.TERTIPU DENGAN LAMPU
Masalah terjadi bila kita pergi kedai kain yang lampunya warna kuning/oren. Nampak warna peach, bila balik rumah, tengok2 kain bertukar jadi warna pink. Kedai kain pun pandai la nk promot fabrik bg nampak cantik. Bila situasi mcmni, bawak fabrik tu di bawah lampu putih ( kalimantang) takpun, suruh jurujual tu heret kayu kain tu tepi pintu , Ataupun stenbai torchlight lampu putih siap2. Jangan nak segan2 , nanti sendiri yang rugi . Saya sendiri buat perkara2 ni ..  yelah kalau dah asyik lari je warnanya...

6. CORAK FABRIK
Bagi corak berkaki atau corak jalur2, bukan semua saiz cukup untuk 4 meter. Nak2 plak kalau dah masuk saiz L, XL dan keatas. Mulalah bila dah potong kain, ada plak yang tak cukup.

Saturday, August 15, 2015

TIPS MEMOTONG KAIN DENGAN SELAMAT!!!


1.GOSOK / IRON
Gosokkan dulu fabrik yang hendak digunting, supaya bahagian kedut2 tu menjadi rata.Takdalah bila dah gunting, kain tu jadi senget benget.
Iron dulu kesemua meter yang hendak digunting terutamanya untuk fabrik cotton, Bila kita iron, automatik, kain cotton tu akan mengecut. Maksudnya kecutkan dulu fabri baru gunting. Takkan lah satu keje plak kalau org htr 10 psg kain cotton, 10 psg tu nak basuh n jemur, jadi, gantikan dengan iron. Jangan gunting dulu baru gosok, tu yang ukuran kan lari dan semakin kecil

2. UKUR METER KAIN
Ukur dulu kain yang diberi samada cukup 4 meter atau pun tidak. Kita ni biasa bentang kain , terus gunting. Pastu dah separuh jalan, baru perasan kain tak cukup kan.. Jadi semak dulu betul tak kain tu cukup meternya. Kalau mmg tak cukup dari awl , senang call customer bagjtau kain yang dia bg tu mmg tak cukup . Dari dah potong separuh jalan baru bagitau, tak dapek lah nak buat ape2.. Nak tak nak kita lah kena gantikan kainnya.

3.CORAK SIAP
Bagi kain yang coraknya dah siap atur macam batik sutera, sulam kerawang, ejas dulu pola untuk dapatkan susunatur yang terbaik. Tang ni lah pola sangat2 berguna. Sebab dah biasa lukis terus atas kain , jadi bila nak ejas setepat2nya dah payah. Nilah kegunaan pola yang saya selalu tekankan.

4.JIMATKAN PENGGUNAAN KAIN
Walaupun badan org tu kecik, jangan dibazir2kan kain. Jimatkan selagi yang boleh, kalau rasa bertemu basi pun lagi bagus. Pastu bila dah habis potong kain, janganlah pulak terus buang balance2 kain tu, Pastikan bila dah siap baju baru buang. Manalah tau tiba2, tersalah potong ke, Tak cukup labuh ke, Tergunting masa tengah jahit ke, termakan masa jahit tepi ke, adalah back up.

5. JADI KREATIF
Untuk fabrik seperti sutera di mana corakya telah diatur. Tiba2 potong tak cukup. Sebelah tangan ada corak, sebelah lagi takda. Untuk cover line, susunkan corak supaya nampak unik. cth:katakan corak pada badan lebih kepada belah kanan, jadi cantumkan bahagian tgn yang corak tu pada belah kanan. Nampaklah macam satu design . Ataupun bahagian corak yang tak ketara sgt tu letakkan bahagian belakang pakaian. Baru lah nampak stail . Tak semestinya kain yang berkaki tu tempatnya di kaki. Bila tak cukup , ubahlah corak pada bahagian lain... bahagian bahu ke.. tengah badan ke...

6. JANGAN POTONG KAIN
kalau rasa kepala tengah serabut , berhenti terus, jangan gatal2 nak motong. nanti kepala ke lain, gunting ke lain. Tak pasal2 dah salah potong

share kalau nak share..
sekadar coretan pengalaman yang tak seberapa dari saya
-Ida Ismail -

TIPS MENGATASI STRESS MENJAHIT


Biasanya akan terjadi bila menimbun2 tempahan.. tersalah potong kain.. kain tak cukup... due date singkat dan lain2.. Ni cara saya atasi stress menjahit..

1.BERHENTI SEKETIKA
Nak2 kalau dapat kain yang agak azab nak jahit.. nipis, licin dan berbatu bata... ditambah dengan lining... azab... bila kita tersalah potong kain mesti akan menggelabah.. cuak.. tension.. takut .. semua ada lah.. jadi berhenti dulu . Jangan sambung buat kerja nanti lagi bertambah tertekan. Macam tu jugak kalau kita jahit baju yg design nya agak leceh. buat sikit. Ambil masa sikit cthnya. jahit tgn dulu. pastu rehat jap. Agak mood ok, sambung balik jahit bahagian lain plak.

2.JAHIT YANG MUDAH DULU
Jangan buang masa dari memikirkan perkara yang susah, jahitla pattern yang mudah supaya kerja kita berjalan. Kemudian baru fikirkan yang susah. Kalau kita buat yang susah dahulu.. bila dh stress , silap gaya jahitan yang senang pun jadi susah

3.LUAHKAN PERASAAN
Selalu kalau saya ada masalah bila nk jahit @ potong kain. mesti saya terus bergayut dengan sahabat yang menjahit. mintak pandangan, sekurang2 dapat meluahkan masalah pun jadi la. Nak sejukkan hati je sebenarnya. Bila dapat nasihat, kita akan rasa selamat. Tambah sikit yakin bila nk buat kerja tu

4. SKODENG FB MENJAHIT
Bila datang time takde mood nak menjahit tu.. skodeng2 la fb Group2 menjahit. Tengok orang tu jahit ini.. jahit itu.. bercerita tentang keseronokan menjahit , mesti akan datang mood nk menjahit semula

5. BEKERJA DI BAWAH TEKANAN
Bila sekali dah kerja di bawah tekanan seperti menjahit 24 jam tak henti2. customer nak baju urgent .. upah murah sesangat.. Bila sekali dh lalui mcm tu akan dtg kita dh tahu di mana tahap kesabaran yang kita ada untuk mengadap kain yang menimbun2.

6.ANGGAP KITA TENGAH PERGI SEKOLAH
Bila kita stress menjahit yang tak sudah2 , dah la bayaran ciput. Cuba setkan fikiran anda yang anda sedang pergi ke sekolah. terpaksa gak belajar walaupun tak dapat bayaran. Walaupun tempoh bertahun2 kena gak abihkan belajar. Setkan fikiran mcm tu takla kita merungut macam2 . Anggap kita sedang mencari ilmu

7.HIBURAN ALTERNATIF
kalau rasa main game .. melantak ke tidur boleh kurangkan tekanan .. layan je. Tapi jangan la melampau2 plak smpai keje tak jalan ye

Sekadar coretan pengalaman dan yang tak seberapa dari saya
-Ida Ismail -

JOM KITA BELAJAR LEBIH DEKAT MENGENAI JARUM MESIN !!


Ramai yang tak kisah tentang penggunaan jarum mesin anda kan. Mesti anda biasa menghadapi situasi seperti ini tapi tak tahu puncanya.
a) jarum patah
b) kain berkedut
c) jahitan lompat2

Gunakan jarum yang sesuai dengan fabrik baik mesin industri atau portable. Tak boleh la nak belasah jarum yang sama je kalau nak jahit fabrik denim ataupun chifon. Setiap saiz akan memberi efek yg lebih cantik dan kemas jika anda tahu saiz apa yang patut digunakan.
Bagaimana nak kenalpasti jarum apa yang sesuai ..??

a) JARUM PATAH
bila jahit, hanya mesin sahaja yang berbunyi & berdengung shj, tapi jarum tak jalan2, kemungkinan jarum anda tak cukup besar saiznya kerana kain yang dijahit agak tebal seperti bahagian lipatan, pengeras pinggang ataupun kaki seluar. Itu yang akan buat jarum patah

b) KAIN BERKEDUT
Apabila jahitan berkedut dan menarik2 pada fabrik, maksudnya jarum yang digunakan agak besar dan tidak sesuai. Biasa terjadi apabila menggunakan fabrik yang nipis & lembut. Jadi tukarlah kpd saiz jarum yang lebih kecil

c) JAHITAN MELOMPAT2/BENANG TAK LEKAT
Cuba check betul tak jarum tu dipasang. Biasa nya terjadi apabila tersalah pasang jarum.

1. JARUM NO 9 ( kecil )
Saiz 9 merupakan jarum yang paling kecil dan lebih tajam hujungnya. Sangat sesuai untuk fabrik yang lembut dan nipis seperti sutera, chifon, sutera satin dan sewaktu dengannya. Jika anda menggunakan jarum yang besar seperti no 13 , itulah yang menyebabkan fabrik anda tertarik2 dan berkedut.

2. JARUM NO 10 @ 11
Biasanya kita pakai saiz ni. Sesuai untuk fabrik sederhana tebal dan nipis seperti cotton, polyester , satin dan sewaktu dengannya.

3. JARUM NO 13
Saiz ini sesuai untuk fabrik yang tebal sedikit seperti cotton, kain2 langsir, tc drill dan sebagainya. Adakala bila nak jahit getang pinggang je, jarum patah. Lebih baik gunakan mata jarum saiz ini untuk jahit getah pinggang kerana bahagian tersebut agak tebal dan tegang.

4. JARUM NO 14
Jarum ini juga sesuai untuk menjahit langsir, sarung2 kusyen dan denim.

4. JARUM NO 16
Ramai yang tertanya2 mesin jahit biasa boleh ke nak jahit seluar jeans. Takda masalah sebenarnya, tapi pastikan gunakan saiz jarum seperti ini. Tak pun saiz 14 pun boleh ( kalau ada ) . Jarum ini mempunyai lubang jarum yang besar untuk memudahkan kita menggunakan benang jeans.

5.JARUM EMAS
Biasana digunakan pada mesin portable atau domestik untuk menjahit kain yang agak stretchable.

Sekadar coretan & perkongsian tak seberapa dari saya
- Ida Ismail -

JOM KENALI JENIS TAPAK MESIN ANDA!!

JOM KENALI JENIS TAPAK MESIN ANDA!!

Sebenar ramai yang masih tidak tahu jenis tapak mesin masing2 kan. Jadi bila nak beli tapak yang mcm2 ada tersalah beli, tak ngam dan macam2 lagi. Tu sebab bila kita nak beli mesin jahit pastikan tapak mesin tersebut senang ditukar , serta banyak di pasaran. Rugi jugak kalau kita beli mesin murah tapi tak boleh nk guna macam2 tapak .

1. HIGH SHANK
Biasanya mesin industri yang mempunyai ciri tapak high shank. Ada juga mesin portable dan domestik yang lama2 mempunyai tiang tapak sebegini. Tiang pada tapak agak tinggi. Ketinggian tapak dengan skru dalam 1 1/4 inci.Boleh juga menggunakan adapter high shank sebagai penyambung tapak jika ingin menggunakan tapak jenis snap on atau lekap.

2. SLANT SHANK
Tiang pada tapak ini agak tinggi dan berbentuk serong. Kebiasaan mesin jenis singer, Global dan Omi yang selalu ada jenis ini. Ketinggian tapak dengan skru dalam 1 3/8" . Tapak jenis ini agak susah nak cari di kedai2 biasa terutamanya untuk jenis2 tapak jahitan lain. Tapak ini mempunyai pelekap yang agak kecil berbanding low shank. kira nya tapak ni dikategori sebagai "rare" la jugak

3. LOW SHANK
Tapak jenis ni biasa dipakai oleh mana2 mesin portable atau pun mesin jenis domestik ( kepala itam/putih) . Kedudukan skru dengan tapak agak pendek .Ketinggian skru dengan tapak adalah dalam 3/4". Boleh juga menggunakan adapter low shank sebagai penyambung tapak jika ingin menggunakan tapak jenis snap on atau lekap.

4. SNAP ON
Tapak jenis lekap yang biasa ada pada mesin2 portable jenama skrg seperti mitsubishi, brother, juki , beberapa jenis model singer dan lain2. Tapak jenis ni terdapat dalam macam2 jenis dan mudah didapati di pasaran sekarang.. Tapak jenis ni mempunyai palang penyangkut selebar suku inci .

Wednesday, March 12, 2014

TIPS MENJAHIT KAIN LYCRA TANPA MENUKAR TAPAK MENGGUNAKAN MESIN JAHIT INDUSTRI


Mesti ramai yang tak tahu cara untuk menjahit kain lycra tanpa perlu menukar tapak dan sebagainya. Ada yang cakap kena guna jarum emas la. tukar tapak lain la. Sebenarnya tak perlu pun kalau anda tahu cara untuk adjust mesin anda.

1. JARUM :
ramai yang ingat kena tukar jarum mas/emas jarum untuk jahit lycra . sebenarnya jarum ini hanya untuk mesin jahit portable sahaja. untuk mesin jahit industri mmg tak perlu pun jarum ni . cuma gunakan jarum saiz 11 pun dan ok . bergantung kepada ketebalan kain. lagi tebal kain , gunakan jarum 13

2. KETEGANGAN BENANG:
anda boleh adjust ketegangan benang seperti gambar di atas. Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat2 atau longgar. Berbeza dengan fabrik yang biasa seperti cotton, poly , fabrik lycra perlukan ketegangan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik. Adjustment ni kena la dibuat secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki. Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam .

3. MATA JAHITAN:
Mata jahitan jangan terlampau kecil seperti 2 atau kurang , guna saiz 2.5 atau 3 untuk lebih cantik

Wallahualam... harap dapat cuba.. hasil dari pengalaman mengkaji, membaiki dan menggunakan mesin jahit sendiri Semoga tips ni berguna utk kawan2 sekalian